Sumber:-Tinjauan Sendiri  

Pekan Sehari Chenor akan diadakan setiap hari Khamis setiap minggu, daripada pukul 8.00 pagi sehingga 12 tengahari.  Pekan Sehari ini menjadi tarikan kepada bukan sahaja penduduk setempat, malahan juga penduduk di Jengka, dan kampong dari mukim berdekatan.  Pekan sehari ini banyak menjual hasil-hasil kampong seperti sayur kampong, ikan sungai, ikan sangkar, hasil hutan seperti madu lebah dan juga akar-akar kayu.  Oleh sebab itu, ia menjadi daya tarikan yang amat kuat dari luar.