SELAMAT DATANG KE PUSAT INTERNET (PI)

Pusat Internet (PI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
PI menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan

 

 JUMLAH KEAHLIAN :
PI Kg Chenor telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2013. Ramai telah mendaftar diri dengan PI Kg Chenor bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah

 AHLI BARU BULAN NOVEMBER 2018  20
JUMLAH KESELURAHAN AHLI 1896 
 
 
 KENALI PETUGAS PI : 

Untuk menjadi petugas PI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PiM. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami 

 
PENGURUS
 20180803 095112
 
Nama : Mohd Zukarnain Bin Daud
Mula berkhidmat : 17 Disember 2012
 
 
PENOLONG PENGURUS
 IMG20170706125237
 
Nama : Noraine Binti Abdul Mubin
Mula berkhidmat : 4 September 2012
(Mula berkhidmat sebagai Penyelia IT di PJL Pekan Awah)