Pusat Internet 1Malaysia Kg Chenor telah mengambil inisiatif sendiri dengan melancarkan Program Kitar Semula sejak September 2016.
Kitar Semula ini bertujuan melatih dan mendidik pengguna keperluan untuk mengasingkan sisa-sisa pepejal dengan betul khususnya untuk para pengguna Pusat Internet 1Malaysia Kg Chenor.

 

  • Recycle (Kitar Semula)  

"Re" merujuk kepada "untuk melakukan sekali lagi" dan "cycle" merujuk "pusingan". Oleh yang demikian, "Kitar Semula" merujuk kepada meletakkan sesuatu dalam kitaran. Kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa, dan kemudian menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula supaya menjadi produk baru untuk kegunaan kita. Simbol antarabangsa untuk kitar semula adalah Mobius Loop, sebuah bulatan khas yang mencadangkan satu kitaran yang berterusan.

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.             

                                                 

  • Soalan 1- Mengapa Perlu Kitar Semula?    

Kitar semula akan mengubah sisa menjadi sumber-sumber yang bernilai. Ia juga boleh mengurangkan penggunaan bahan-bahan semulajadi, menjana sumber kewangan dan memberi faedah sosial.               

                                                 

  • Soalan 2- Bilakah Hari Kitar Semula Kebangsaan?

Kerajaan telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun sebagai Hari Kitar Semula Kebangsaan.

 

panduan berkaitan 3r

Tips 3R

Sumber Informasihttp://jpspn.kpkt.gov.my/