SELAMAT DATANG KE PUSAT INTERNET (PI)

Pusat Internet (PI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
PI menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan

 

 JUMLAH KEAHLIAN :
PI Kg Chenor telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2013. Ramai telah mendaftar diri dengan PI Kg Chenor bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah

 AHLI BARU BULAN JANUARI 2019  28
JUMLAH KESELURAHAN AHLI 1927 
 
 
 KENALI PETUGAS PI : 

Untuk menjadi petugas PI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PiM. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami 

 
PENGURUS
 
 
Nama : Mohd Zukarnain Bin Daud
Mula berkhidmat : 17 Disember 2012
 
 
PENOLONG PENGURUS
 IMG20170706125237
 
Nama : Noraine Binti Abdul Mubin
Mula berkhidmat : 4 September 2012
(Mula berkhidmat sebagai Penyelia IT di PJL Pekan Awah)
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan usahama rakan-rakan industri yang lain telah menganjurkan Program Mobile E-Waste:Old Phone,New Life,  yang mana telefon lama yang tidak dipakai boleh dibuang melalui kaedah yang betul.
 
 
Kebaikan Program ini adalah untuk:
 
  • Pelupusan dan kitar semula jangka hayat telefon mudah alih dengan cara yang selamat.
  • Memberi kesedaran mengenai kesan-kesan yang boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan dan alam sekitar akibat pembuangan yang tidak betul telefon mudah alih anda.
  • Memberi pendidikan mengenai langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengitar semula dan membaik pulih telefon mudah alih lama anda.
 
 
 
Pihak Ifame dan Ingeniworks telah menyediakan beberapa Platform untuk memudahkan pihak SKMM dalam  menjayakan kempen ini. Platform yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
 
A) web - http://mobileewaste.mcmc.gov.my/mobile/index.html

B) fb - http://www.facebook.com/mobileewaste

C) instagram - http://www.instagram.com/mobileewaste

D) twitter - http://www.twitter.com/mobileewaste

Anda hanya perlu Melayari dan "LIKE" pada platform yang di atas sebagai tanda sokongan anda untuk kempen ini.

PI Kg Chenor telah mengambil inisiatif sendiri dengan melancarkan Program Kitar Semula sejak September 2016.
Kitar Semula ini bertujuan melatih dan mendidik pengguna keperluan untuk mengasingkan sisa-sisa pepejal dengan betul khususnya untuk para pengguna PI Kg Chenor.

 

  • Recycle (Kitar Semula)  

"Re" merujuk kepada "untuk melakukan sekali lagi" dan "cycle" merujuk "pusingan". Oleh yang demikian, "Kitar Semula" merujuk kepada meletakkan sesuatu dalam kitaran. Kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa, dan kemudian menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula supaya menjadi produk baru untuk kegunaan kita. Simbol antarabangsa untuk kitar semula adalah Mobius Loop, sebuah bulatan khas yang mencadangkan satu kitaran yang berterusan.

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.             

                                                 

  • Soalan 1- Mengapa Perlu Kitar Semula?    

Kitar semula akan mengubah sisa menjadi sumber-sumber yang bernilai. Ia juga boleh mengurangkan penggunaan bahan-bahan semulajadi, menjana sumber kewangan dan memberi faedah sosial.               

                                                 

  • Soalan 2- Bilakah Hari Kitar Semula Kebangsaan?

Kerajaan telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun sebagai Hari Kitar Semula Kebangsaan.

 

panduan berkaitan 3r

Tips 3R

Sumber Informasihttp://jpspn.kpkt.gov.my/