Nama

Izam Asraf Bin Jamal

Syarikat Nyork Enterprise

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat

Kg Nyak Kertau, 28100 Chenor, Pahang

FB

Izam Ashraf

Whatsapp

01119798282

 

En. Izam Asraf merupakan anak kelahiran Kg. Nyak Kertau yang seringkali datang ke PI1M Kg. Chenor untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan di sini.  Selain itu, beliau juga seringkali menyertai program-program keusahawanan yang dijalankan oleh pihak PI1M.  Beliau adalah salah seorang usahawan ternakan kambing di Chenor.  Bagi memastikan perkembangan perniagaan beliau, beliau merasakan bahawa bidang ICT sangat penting dan dapat menyumbang kepada kemajuan perusahaan beliau.  Oleh yang demikian, beliau mula mengikuti kelas literasi komputer, asas-asas teknik pemasaran, kursus keusahawanan dan mendapatkan khidmat bantuan daripada PI1M dari segi kemahiran ICT bagi melancarkan pengurusan perusahaan beliau.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kampung Chenor dan ketekunan beliau walaupun beliau sibuk dengan kerjaya serta keluarga, beliau telah berjaya menambah ilmu dalam mencipta saluran promosi yang baru untuk mempromosikan perniagaan beliau. Beliau mempromosikan perniagaan dan produk beliau melalui online dan pendapatan serta tahap pemasaran beliau kini semakin berkembang maju dan pendapatan beliau telah meningkat kepada RM3000-RM4000 sebulan mengikut permintaan seperti sambutan Hari Raya dan majlis perkahwinan serta majlis-majlis lain.