HOMEMADE SCRUB & CRAFT

Nama : Nurul Huda Binti Ruseli

Umur : 26 Tahun

Ahli   : Januari, 2017

 

LATAR BELAKANG

Cik NurulHuda binti Ruseli merupakan usahawan kepada Produk Kecantikan seperti Homemade Scrub, Baju Batik dan Kain Pasang Serta Craft Barut Bayi yang dicipta sendiri dan juga salah seorang pelajar Giat Mara yang mengikuti kelas literasi komputer di PI pada setiap minggu. 

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Pendapatan sampingan bulanan beliau ini sebelum ini hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan melalui jualan online.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PI dan ketekunan beliau walaupun masih bergelar pelajar, beliau telah berjaya menambah ilmu dan berjaya mencipta saluran promosi yang baru dalam mempromosikan perniagaan beliau. Beliau mempromosikan perniagaan dan produk beliau melalui online dan pendapatan serta tahap pemasaran beliau kini semakin berkembang.