Nama

Nurul Najwa Abu Talib

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat

No 2, Kedai Kampung Jengka Batu 13, Hadapan Masjid Al-Kauthar, Kampung Jengka Batu 13, Jalan Maran, 28100 Chenor, Pahang

FB

Nurul Najwa Abu Talib

Instagram

nurannajwa

Whatsapp

014-8440187

 

Cik Najwa merupakan usahawanita dalam bidang jahitan pakaian wanita sejak 2011 hingga kini. Dahulu beliau hanya beroperasi di rumah secara kecil-kecilan dengan menggunakan 1unit mesin jahit sahaja. Beliau juga terpaksa membayar upah bagi setiap jahitan tepi di kedai jahit lain. Alhamdullilah, berkat kesabaran dan kecekalan beliau, pada tahun 2012 beliau telah membuka sebuah butik pakaian yang dikenali sebagai Qaseh Najwa Collection. Malah tempahan jahitan dari pelanggan beliau semakin hari semakin meningkat. Pada tahun 2016, butik beliau telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Ariffin B Ismail, ADUN Kawasan Chenor dengan bantuan dana daripada Empower ECER Maran. Walaupun jadual hariannya amat sibuk, beliau telah memperuntukkan masa untuk mengikuti kelas/bengkel literasi komputer di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Chenor dan juga ke udara/ On Air sebagai tetamu jemputan di Radio Pahang untuk segmen Usahawan bersama Empower ECER Maran.

Selepas mendapat bimbingan kelas latihan keusahawanan & khidmat nasihat dari Pusat Internet 1Malaysia Kampung Chenor, beliau telah mempromosikan perniagaan dan produk beliau melalui online. Oleh yang demikian, pendapatan serta tahap pemasaran beliau kini semakin berkembang pesat dan pendapatan beliau telah meningkat 3 kali ganda mengikut keadaan semasa seperti musim perkahwinan, Hari Raya, musim cuti sekolah serta majlis-majlis tertentu.

 

Apa yang dipelajari melalui PI1M

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB
  • Mempelajari Adobe Photoshop dan Microsoft Office serta teknik-teknik pemasaran untuk meningkatkan pengetahuan merekacipta dan mempromosikan perniagaan.
  • Mempelajari Teknik Fotografi Produk

 

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI1M membantu meningkatkan kemahiran jualan serta teknik-teknik pemasaran dengan menjemput menyertai program berbentuk keusahawanan serta matapelajaran berunsur keusahawanan yang dijalankan oleh Pi1M juga di luar Pi1M.

Menyediakan platform untuk memasarkan produk melalui aplikasi yang disediakan di Pi1M iaitu My Shop

 

Nama

Sahimih binti Soudih

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat

A-2-3 Kuarters Inst. Pendidikan Chedong, 26500 Maran, Pahang

FB

Sahimih Soudih

Whatsapp

0195331103

 

Puan Sahimih binti Soudih adalah ahli yang aktif mengikuti program serta menggunakan perkhidmatan Dashboard Komuniti Pusat Internet 1Malaysia Kampung Chenor. Beliau merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2. Beliau mula aktif bersama PI1M apabila PI1M menganjurkan kelas insentif komputer di SMK Maran 2. Beliau juga giat menjalankan serta mengemaskini Facebook beliau dalam usaha membuat jualan secara online.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kampung Chenor, beliau telah berjaya mencipta saluran promosi yang baru dalam perniagaannya. Sebelum ini, beliau banyak membuat jualan secara orang perseorangan/offline. Kini beliau banyak mempromosikan perniagaan dan produk melalui online dan pendapatan serta tahap pemasaran beliau kini semakin berkembang maju.

Apa yang dipelajari melalui PI1M

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB
  • Mempelajari Adobe Photoshop dan Microsoft Office serta teknik-teknik pemasaran untuk meningkatkan pengetahuan merekacipta dan mempromosikan perniagaan.
  • Mempelajari Teknik Fotografi Produk

 

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI1M membantu meningkatkan kemahiran jualan serta teknik-teknik pemasaran dengan menjemput menyertai program berbentuk keusahawanan serta matapelajaran berunsur keusahawanan yang dijalankan oleh Pi1M juga di luar Pi1M.
  • Menyediakan platform untuk memasarkan produk melalui aplikasi yang disediakan di Pi1M iaitu My Shop

 

Nama

Noraine Binti Abdul Mubin

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat

Kg Nyak Kertau, 28100 Chenor, Pahang Darul Makmur

FB

https://www.facebook.com/norainemubin

https://www.facebook.com/SGCTemerloh

Whatsapp

013-9917798


Cik Noraine Binti Abdul Mubin merupakan petugas Pusat Internet 1Malaysia. Beliau aktif menjalankan Kelas Tambahan kepada para pelajar SK dan SM disekitar Chenor sejak tahun 2008. Alhamdullilah, kini beliau telah menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan makanan sebagai pengedar/stokis bagi Che’Nor Food Solution. Beliau adalah Stokis Cawangan Temerloh yang sah mengedarkan pelbagai produk seperti Sambal Garing Che’Nor, Serunding Che’Nor dan lain-lain. Oleh kerana beliau bertugas sebagai Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia membolehkan beliau tidak melepaskan peluang memanfaatkan segala kemahiran dan pengalaman sepanjang bertugas.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dijalankan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kampung Chenor dan dalam masa yang sama sebagai tenaga pengajar, beliau dapat memanfaatkan setiap ilmu, pengalaman dan mendapatkan bantuan khidmat nasihat tunjuk ajar dari pengurus, En Mohd Zukarnain Bin Daud dalam mencipta saluran promosi yang baru dalam mempromosikan perniagaannya kini. Alhamdullilah, kini perniagaan beliau berkembang maju dan secara tidak langsung pendapatan bulanannya meningkat.

 

Apa yang dipelajari melalui PI1M

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB Ads
  • Mempelajari teknik-teknik pengiklanan dan Microsoft Office serta teknik-teknik pemasaran untuk meningkatkan pengetahuan merekacipta dan mempromosikan perniagaan.
  • Mempelajari Teknik Fotografi Produk

 

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI1M membantu meningkatkan kemahiran jualan serta teknik-teknik pemasaran ketika menjadi tenaga pengajar untuk program dan subjek berbentuk keusahawanan yang dijalankan dalam dan juga di luar Pi1M.
  • Terlibat sebagai tenaga pengajar untuk aplikasi yang disediakan di Pi1M iaitu My Shop
  • Mengambil bahagian sebagai pembekal dalam PI1M Exchange

Terlibat sebagai tenaga pengajar Program #YOUCANDUIT- eRezeki anjuran MDEC

 

Nama

Suzanawati binti Zahari

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat

No. 13 Kg. Baru Chenor, 28100 Chenor, Pahang Darul Makmur

FB

JBM Yong Tau Fu / Murtabak King / Masakan Panas

Whatsapp

014-5448038

 

Puan Suzanawati adalah seorang kerani di pejabat Penghulu Bandar Baru Chenor.  Beliau menetap di Bandar Baru Chenor dan seorang yang sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti persatuan di Kampung Chenor.  Disebabkan minat yang mendalam dalam masakan dan berniaga beliau telah membuka sebuah kedai makan bersama suaminya Jamaluddin bin Mamat iaitu JBM Yong Tau Fu.  Suami beliau aktif berniaga di Bandar Jengka manakala beliau pula berniaga di Kampung Chenor ini sendiri.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kampung Chenor, beliau telah berjaya menambah ilmu dan berjaya mencipta saluran promosi yang baru dalam mempromosikan perniagaan beliau. Promosi melalui online telah berjaya meningkatkan tahap pendapatan mereka sekeluarga.

Apa yang dipelajari melalui PI1M

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB
  • Mempelajari teknik-teknik pengiklanan dan Microsoft Office serta teknik-teknik pemasaran untuk meningkatkan pengetahuan merekacipta dan mempromosikan perniagaan.
  • Mempelajari Teknik Fotografi Produk

 

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI1M membantu meningkatkan kemahiran jualan serta teknik-teknik pemasaran dengan menjemput menyertai program berbentuk keusahawanan serta matapelajaran berunsur keusahawanan yang dijalankan oleh Pi1M di Pi1M dan juga di luar Pi1M.
  • Menyediakan platform kepada Puan Suzanawati untuk memasarkan produk melalui aplikasi yang disediakan di Pi1M iaitu My Shop